Dakwaan Misonaris Persoalan Tentang zina
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk” (QS. 17 Al Israa -perjalanan malam hari- 32)
“Perempuan perempuan yang berzina dan laki laki yang berzina deralah masing masing seratus kali. Dan janganlah kamu belas kasihan kepada keduanya….” (QS. 24 An Nuur -cahaya- 2)
Laki laki yang berzina tidak nikah melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak menikahinya melainkan laki laki yang berzina atau laki laki yang musyrik. Dan demikian diharamkan atas orang orang mukmin. (QS. 24 An Nuur-cahaya- 3)
bertentangan dengan:-
Dan orang orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri isteri mereka atau budak budak yang mereka miliki sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela” (QS. 23 Al Mukminun – orang yang beriman- 5,6)
Dan orang orang yang memlihara kemaluannya kecuali terhadap isteri isteri mereka dan budak budak yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela” (QS. 70 Al Ma’ariij -tempat naik- 29-30)
” … Kawinilah wanita wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat, jika kemudian kamu tidak dapat berlaku adil, maka kawinilah seorang saja, atau budak budak yang mereka miliki.” (QS. 4 An Nisaa -wanita- 3)
“Kamu boleh mengganti siapa saja yang kamu kehendaki, juga boleh menggauli perempuan yang telah kamu cerai, maka tidak ada dosa bagimu.” (QS. 33 Al Ahzaab -golongan yang bersekutu- 51)
JAWAPAN
Tentang ZINA, mana PERTENTANGANNYA??
Tidak ada pertentangan wahai saudara, itu semua adalah bahagian2 HUKUM.
Maka cuba beritahu apa pertentangannya??
Tentang ayat “Kamu boleh mengganti siapa saja yang kamu kehendaki, juga boleh menggauli perempuan yang telah kamu cerai, maka tidak ada dosa bagimu.” (QS. 33 Al Ahzaab -golongan yang bersekutu- 51)
Ayat sebenarnya berbunyi begini
“Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki dari mereka dan engkau boleh mendampingi sesiapa yang engkau kehendaki, dan sesiapa yang engkau hendak mendampinginya kembali dari mereka yang telah engkau jauhi itu maka tidaklah menjadi salah bagi mu melakukannya ……. ”
Surah Al Ahzaab : Ayat 51
Maksud sebenar “mereka yang telah engkau jauhi itu” bukan BERCERAI seperti mana orang2 BERCERAI KAHWIN sekarang ini
Jauhi di situ iaitu nabi tinggalkan / jauhkan dari tempat tidur.
Ia berkenaan dengan kejadian masa itu dimana ada isteri2 nabi Muhammad S.a.w cemburu dan meminta tambahan BELANJA.
Maka Nabi Muhammad telah meninggalkan mereka sehingga sebulan.
Oleh kerana isteri2 nabi takut diceraikan oleh nabi, maka mereka pergi memujuk nabi
Selepas itu turunlah ayat itu yang MEMBERI KEIZINAN kepada nabi Muhammad untuk menggauli mana2 isteri-isterinya itu
Itu bukan perkataan CERAI seperti mana TALAQ dalam kahwin seperti sekarang ini
Kisah itu merujuk kepada kisah Nabi Muhammad S.a.w dengan isteri2nya
Perkataan ‘‘azalta’ / عَزَلۡتَ di dalam ayat itu bermakna ‘ yang kamu jauhi / tinggalkan‘
Dalam Englishnya set aside BUKANNYA divorce
Sedangkan CERAI bagi kahwin dalam bahasa arab bermakna ‘Talaq’
SEBAB itu lah mesti FAHAM BAHASA ARAB dengan betul dulu baru boleh terjemah ayat AlQuran dengan baik
***
Tentang ini pula
Abu Dzar mengatakan bahwa Rasulullah saw. Bersabda: "Seseorang datang kepadaku dari Tuhanku membawa berita (mungkin katanya: membawa berita gembira):"Sesungguhnya barang siapa diantara umatku yang mati sedangkan dia tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun orang itu masuk surga." Aku bertanya: "Sekalipun orang itu berzina dan mencuri?" Jawab nabi: "ya, sekalipun dia berzina dan mencuri." (Hadits Shohih Bukhori 647)
Jawapan kepada persoalan yang mengatakan hadis di di atas menyokong ayat-ayat Al-Quran yang telah disebutkan.
Mengenai hadith di atas, walaupun kita melakukan dosa, tetapi beriman kepada Allah swt yang sebenar, kita tetap akan memasuki syurga setelah balasan di berikan.
TETAPI jika kita mempertuhankan Tuhan yang salah (atau dalam erti lain memeluk agama yang salah), sebanyak mana pun kita melakukan kebaikan, kita tetap akan berada dalam neraka kerana perkara pertama yang diterima Allah adalah IMAN.
Dalam bible juga menyebut mengEsakan Tuhan adalah hukum utama.
Jika hukum utama sudah dilanggari, apa yang nak di hitung dengan amalan yang kecil?
Berbalik kepada hadith tersebut, ia bukanlah perselisihan dengan surah an-Nur ayat 3 tetapi membawa maksud penzina atau pencuri itu tetap akan masuk syurga setelah pembalasan selesai ataupun kesalahannya diampunkan Allah swt, kerana Allah telah menyatakan semua dosa akan diampunkan melainkan SYIRIK (MENYEKUTUKAN ALLAH)