Dakwaan Misonaris Tentang anak Nabi Nuh
Misonaris membuat dakwaan kononnya bahawa
Anak Nuh, berenang ke gunung waktu air bah dan tenggelam. (QS. 11 Huud 42-43)
Bertentangan dengan:
Nuh berdoa, doanya berkenan kepada Allah, maka diselamatkan beserta keluarganya. (QS. 21 Al Anbiyaa -nabi nabi- 76)
Bantahan
Mari kita mengkaji ayat-ayat yang dimaksudkan oleh para misionaris yang mendakwa bahawa ayat-ayat tersebut bertentangan antara satu sama lain.
Berikut adalah ayat Surah Hud (11): 42-43 berserta terjemahannya
"Dan bahtera itu berlayar membawa mreka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil, 'Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir.'
"Anaknya menjawab: 'Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!' Nuh berkata: 'Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang.' Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan."
Berikut pula adalah ayat Surah Al-Anbiyaa' (21): 76 berserta terjemahannya:

"Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa, dan Kami memperkenankan doanya lalu Kami selamatkan dia berserta ahlinya dari bencana yang besar."
Tetapi apa yang para misionaris mendakwa sebagai suatu "percangggahan" sebenarnya sudah dijawab di dalam Surah Hud (11): 46, seperti berikut
Surah Hud : 46
"Allah berfirman: 'Hai Nuh, sesungguhnya dia [anak Nabi Nuh yang ditenggelamkan itu] bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatan)nya perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikat)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan'"
Sebenarnya, ayat yang telah disebutkan di atas sudah cukup untuk menyangkal dakwaan para misionaris, tetapi penjelasan yang lebih mendalam dengan merujuk kepada nahu bahasa Arab perlu diberikan.
Perkataan ahl () dan zurriyah () dalam Bahasa Arab bermaksud 'keluarga' dan 'keturunan' atau "milik keturunan".
Dua perkataan yang digunakan ini walau bagaimanapun mempunyai ertikata yang jauh lebih luas daripada maksud 'keluarga biologi" atau "milik keturunan" semata-mara.
Kata-kata ini juga boleh bermaksud "pengikut seseorang". Kamus "Al-Mawrid" Bahasa Arab - Bahasa Inggeris dengan jelas menerangkan mengenai perkataan ini seperti berikut:
*AHL* Bila kata-kata merujuk kepada seorang lelaki , ia membayangkan keluarga dan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengannya dia; jamak perkataan ini. 'AHLOON', 'AHAAL', 'AAHAAL', 'AHLAAT' dan 'AHALAAT'YA' ditambah ke dalam jamaknya, semasa ia dikatakan: "Raja`oo ilaa Ahaaleehim"(Mereka kembali kepada keluarga mereka). Di dalam "Al-rajul Ahl" kata-kata merujuk kepada ' isteri'; di dalam "Ahl kull nabiyin" (AHL untuk setiap orang nabi), kata-kata merujuk kepada kumpulan pengikut milik nabi; di dalam "Al-balad Ahl" atau "Al-bayet Ahl", kata-kata merujuk kepada penduduk; di dalam "Al-amr Ahl" kata-kata merujuk kepada orang bertanggungjawab (untuk urusan) itu; di dalam "Al-madhab Ahl" kata-kata merujuk kepada orang yang menganggap berpunca daripada agama yang sama; di dalam "Al-waber Ahl" kata-kata merujuk kepada rakyat yang hidup dalam khemah; di dalam "Al-hadhar wa al-madr Ahl" kata-kata merujuk kepada rakyat yang hidup dalam bangunan.
Al-Qur'an di dalam beberapa ayatnya secara jelas telah menggunakan perkataan "AHL" di dalam erti katanya yang lebih luas, dan tidak semata-mata terbatas kepada keluarga biologi nabi.
Misalnya, di dalam frasa "Al-kitaab Ahl", "Al-balad Ahl","Ahl Madian".
Kata-katanya tidak secara jelas biasa membayangkan 'sebuah keluarga'.
Berikut adalah contoh penggunaan seperti ini di dalam Surah Maryam (19): 54 -55, iaitu:
"Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail di dalam Al-Qur'an. Sesungguhnya dia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi. Dan dia menyuruh ahlinya untuk bersembahyang dan menunaikan zakat, dan dia adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya."
Dan dengan menggunakan perkataan ini di dalam konotasi yang lebih luas ini, Al-Qur'an juga telah menjelaskan bahawa di depan Allah , sebuah keluarga yang sebenar terdiri daripada mereka yang dengan benar menghormati dan mengikutnya.
Nampaknya para misionaris perlu membetulkan pengetahuan mereka dalam Bahasa Arab dan nahunya sebelum cuba mendakwa bahawa al-Qur'an mempunyai permasalahan dan percanggahan.
Seperti yang telah diterangkan dahulu, metodologi yang terbaik untuk penafsiran al-Qur'an ialah menggunakan Al-Qur'an untuk menerangkan antara satu sama lain.
Tetapi sebagaimana lazimnya, para misionaris hanya akan menganggap bahawa Alkitab itulah yang merupakan wahyu Allah , tanpa menimbang atau mengkaji perkataan-perkataan Al-Qur'an itu sendiri dengan ikhlas dan tanpa prejudis.