Injil adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa yang mengandungi wahyu-wahyu Allah SWT.
Kewujudan injil dan Torah disahkan oleh Allah dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
Firman Allah SWT,
Kewujudan injil dan Torah disahkan oleh Allah dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
Firman Allah SWT,
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَأَنزَلَ التَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ
"Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil."
[3:2-3 Surat 'Āli `Imrān (Family of Imran) - سورة آل عمران]
Ayat di atas menerangkan bahawa Allah SWT telah menurunkan al-Quran yang mengesahkan ajaran yang terkandung dalam Taurat dan Injil.
Taurat dan Injil juga menerangkan tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir.
Sungguhpun demikian, Injil yang dimaksudkan dalam al-Quran bukan al-Kitab yang mengandungi Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas dan Injil Johanes yang digunakan oleh penganut Kristian sekarang.
Kitab-kitab tersebut juga bukan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa kerana ia ditulis oleh pendeta-pendeta Kristian dan penulis yang tidak dikenal pasti.
Selain itu, Injil yang diimani oleh penganut kristian masih terdapat sebahagian wahyu Allah yang tidak berjaya diubah suai.
Al-Quran menjelaskan tentang sifat-sifat kaum Nasrani yang menyembunyikan sebahagian kandungan asal Injil seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,.
Firman Allah SWT,
وَمِنَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ أَخَذْنَا مِيثَاقَهُمْ فَنَسُوا حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوا بِهِ فَأَغْرَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۚ وَسَوْفَ يُنَبِّئُهُمُ اللَّهُ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ
“Dan di antara orang-orang yang berkata:" Bahawa kami ini orang-orang Nasrani", Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan. ”
[5:14 Surat Al-Mā'idah (The Table Spread) - سورة المائدة ]
Isi kandungan Injil mempunyai lebih paling banyak persamaan dengan al-Quran berbanding kitab-kitab yang lain.
Namun, orang Islam tidak diwajibkan untuk mengamalkan ajaran yang terdapat dalam kitab Injil kerana Injil diturunkan khas kepada Bangsa israil seperti diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
Jika ajaran tersebut sama dengan kandungan al-Quran dan hadis maka umat Islam wajib menerimanya.
Jika bercanggah dengan al-Quran dan hadis, maka umat Islam wajib menolaknya.
