Blog ini tidak sesuai dibaca oleh umat Kristian kecuali yang ingin mencari kebenaran.

Blog ini bertujuan untuk mempertingkatkan keyakinan (iman) umat Islam daripada ancaman kerosakan akidah meyakini Alkitab (Bible) sebagai Kitab Injil yang asli. Ini kerana terdapat pelbagai (banyak) kelemahan dalam Alkitab (Bible) yang dikenalpasti melalui penyelidikan.

Ini secara langsung membatalkan kesucian
Alkitab (Bible) sebagai kitab Allah.


Wednesday, 21 May 2014

Dakwaan Tentang Pembunuhan Nabi Isa AS

Misonaris membuat dakwaan kononnya bahawa

Isa tidak dibunuh melainkan diangkat (QS. 4 An Nisaa -wanita- 157-158)

Bertentangan dengan:

Isa lahir, telah wafat, dan bangkit hidup kembali (QS. 19 Maryam 33)

Bantahan/Jawapan

Berikut adalah konteks ayat Surah An-Nissa' (4): 157-158 berserta terjemahannya:

Surah An-Nissa' : 157-158

"Dan kerana ucapan mereka" 'Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, 'Isa putera Maryam, Rasul Allah' padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan 'Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) 'Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa mereka bunuh itu adalah 'Isa.

"tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat 'Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Berikut pula adalah ayat Sura' Maryam (19): 33 berserta terjemahannya

"Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali."

Tidak ada pertentangan antara kedua-dua ayat tersebut.

Ayat yang pertama, iaitu  Surah An-Nissa' (4): 157-158  menceritakan bahawa Nabi 'Isa  telah diselamatkan daripada mati disalib dan diangkat ke langit oleh Allah s.w.t., yang bermakna bahawa 'Isa  belum mati dan akan kembali ke dunia pada akhir zaman.

Memandangkan Isa a.s. belum lagi mati menurut al-Qur'an, maka kata-kata 'Isa a.s. di dalam Surah Maryam (19): 33 yang mengatakan bahawa dirinya akan mati semasa dia bercakap dari dalam buaian hanya akan berlaku apabila dia muncul pada akhir zaman dan membunuh ad-Dajjal.

Kepercayaan tentang kembalinya 'Isa a.s. ke dunia untuk membunuh ad-Dajjal juga merupakan perkara pokok dalam kepercayaan orang-orang Kristian.

Masalah "perselisihan" dalam pemahaman para misionaris timbul disebabkan mereka tidak menimbangkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan tentang kemunculan 'Isa  di akhir zaman.

Riwayat ini memang terdapat di dalam sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari.

Hadis yang dimaksudkan adalah seperti berikut, yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., di mana Rasulullah s.a.w. bersabda seperti berikut:

Demi Tuhan yang nyawaku berada di dalam genggaman-Nya! Saatnya hampir tiba bahawa Anak Maryam akan turun dan berada di tengah-tengah kamu sebagai hakim yang adil, yang akan membunuh dajjal dan babi, menghancurkan salib, membebaskan pajak cukai dan membahagi-bahagikan harta sehingga tiada seorangpun menerimanya dan bahawa bersujud adalah lebih baik dari dunia seisinya.

Kesimpulannya adalah jelas: bahawa Nabi 'Isa tidaklah wafat karena dibunuh atau disalib dan sebenarnya apa yang digambarkan oleh Al-Qur'an adalah sama dengan apa yang digambarkan di dalam Perjanjian Baru sebagaimana yang termaktub di dalam Yohannes 12:27-29, di mana Yesus berdoa agar namanya dimuliakan dan Allah pun mengabulkan permohonan itu.

Dengan demikian sudah jelas dan pasti bahwa menurut Injil juga, 'Isa tidak disalib, karena setiap orang yang tersalib itu terkutuk, padahal Allah memuliakannya.

Bolehkah para misionaris masih mendakwa bahawa ayat-ayat al-Qur'an ini bertentangan?

Tidak sama sekali!
    Sosial Box

Copyright @ 2013 Alkitab - Kitab Injil atau Bible (Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama).