Dakwaan Misonaris Persoalan Tentang zina
Misionaris membuat dakwaan kononnya bahawa:
"Bunuhlah dirimu! Hal itu lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu, maka Tuhan akan menerima taubat." (QS. 2 Al Baqarah - sapi betina- 54)
Bertentangan dengan:
"Janganlah kamu membunuh dirimu sendiri, sesungguhnya Allah maha penyayang kepadamu." (QS 4 An Nisaa - wanita - 29)
Bantahan/Jawapan
Perbandingan Konteks Ayat-ayat 2:54 dan 4:29
Berikut adalah ayat Surah Al-Baqarah (2):54 beserta terjemahannya
Surah Al-Baqarah :54
Misionaris membuat dakwaan kononnya bahawa:
"Bunuhlah dirimu! Hal itu lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu, maka Tuhan akan menerima taubat." (QS. 2 Al Baqarah - sapi betina- 54)
Bertentangan dengan:
"Janganlah kamu membunuh dirimu sendiri, sesungguhnya Allah maha penyayang kepadamu." (QS 4 An Nisaa - wanita - 29)
Bantahan/Jawapan
Perbandingan Konteks Ayat-ayat 2:54 dan 4:29
Berikut adalah ayat Surah Al-Baqarah (2):54 beserta terjemahannya
Surah Al-Baqarah :54
"Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: 'Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri kerana kamu telah menjadikan anak lembu (sembahanmu), maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
Berikut pula adalah seluruh ayat Surah An-Nissa' (4):29 beserta terjemahannya (di mana misionaris hanya memetik hujung ayat tersebut)
Surah An-Nissa' :29
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka-sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu."
Sekiranya kita membandingkan dua ayat di atas yang di dakwa oleh misionaris Kristian sebagai "bercanggah" ini, kita akan dapat melihat bahawa Surah Al-Baqarah (2): 54 menceritakan kembali peristiwa Nabi Musa a.s. berdepan dengan kaumnya dan menganjurkan hukuman membunuh diri sebagai tanda taubat mereka agar diterima oleh Allah .
Manakala Surah An-Nissa' (4):29 ditujukan kepada orang-orang yang beriman, iaitu umat Nabi Muhammad (orang Islam), baik pada zamannya dan juga zaman sekarang.
Memang jelas bahawa kedua-dua ayat sedang menceritakan tentang dua zaman yang berbeza, serta syariat yang berbeza.
Adalah tidak munasabah untuk menganggap bahawa syariat yang dianjurkan oleh Nabi Musa a.s. sama dengan syariat yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w., kerana sememangnya umat Islam sudah mengakui bahawa setiap syariat Nabi-nabi dan Rasul-rasul berbeza antara satu sama lain, tetapi hanya syariat Rasulullah yang kekal sehingga ke hari kiamat.
Sekali lagi, misionaris Kristian telah gagal menemukan "percanggahan" di dalam ayat-ayat di atas.